Petikan hmetro.com.my 3.03.2009
KUANTAN: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima hidup dalam ketakutan apabila mendakwa diugut teman lelaki yang mahu menyebarkan video seks dan gambar bogel jika enggan menuruti kemahuannya.
Kejadian terbabit mula disedari mangsa berusia 17 tahun berasal dari Kampung Sungai Pasu Gali, dekat Raub, apabila melihat perubahan pada teman lelakinya berusia 23 tahun yang menjadi pemarah serta panas baran jika kemahuan seksnya tidak dituruti.
Bagaimanapun, mangsa cuba berbincang untuk menyelesaikan masalah perhubungannya, tetapi teman lelakinya enggan dan menyatakan keinginannya mahu melakukan hubungan terlarang itu.
Difahamkan sebelum ini, mangsa bersama teman lelakinya itu beberapa kali melakukan hubungan seks sambil merakamkannya dengan menggunakan telefon bimbit.
Teman lelaki mangsa mengugut mengedarkan aksi bogel pelajar itu kepada rakan jika enggan menuruti permintaannya untuk melakukan hubungan terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata disebabkan takut ugutan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum membuat laporan di Balai Polis Raub, Jumaat lalu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, teman lelakinya enggan bersimpati dengan mangsa walaupun dirayu beberapa kali supaya tidak menyebarkan gambar bogel dan video seksnya itu.
Narenasagaran berkata, polis mengenal pasti identiti suspek dan akan membuat tangkapan dalam tempoh terdekat sebaik saja mangsa membuat laporan polis.
No comments:
Post a Comment